BALING 3 Jan. – Akibat kerja-kerja mengorek pasir, lebih 20 buah rumah berhampiran Sungai Kupang, di sini dikhuatiri bakal runtuh selepas tebing sungai berkenaan semakin terhakis akibat operasi tersebut. Dakwa penduduk, kerja-kerja tersebut sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan pernah dihentikan, namun kembali beroperasi sejak pertengahan tahun lalu sehingga membimbangkan mereka. Penduduk, Omar Nordin, 52, mendakwa, jarak asal rumahnya yang dahulunya sejauh 20 meter kini sudah tinggal hanya tujuh…










