LIPIS 23 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan sindiran pedas kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila mempersoalkan janji manifesto dengan menggunakan analogi ‘bila hendak beranak?
Sehubungan itu beliau mengingatkan pengundi di Cameron Highlands supaya tidak ‘dikencing’ kali kedua oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang jelas gagal menunaikan manifestonya sehingga ke hari ini.
“Kita faham bahawa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu ramai merasakan terpedaya atau tertipu dengan janji-janji manis.
“Kalau katanya takkanlah hari ini kahwin esok hendak dapat anak tetapi sekarang sudah swmbilan bulan anak tak nampak-nampak. takkan hendak tunggu 18 bulan?,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










