Najib cuba raih simpati rakyat - Utusan Malaysia

Najib cuba raih simpati rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 25 Jan. – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak aktif membuat ‘troll’ di laman sosial bertujuan meraih simpati rakyat.

Menurut Perdana Menteri, Najib mahu memberi gambaran beliau dianiaya walaupun hakikatnya kerajaan memberikan kelonggaran terhadapnya yang berdepan tuduhan di mahkamah.

“Sudah berapa bulan dia kena charge (didakwa di mahkamah) tapi dia bebas macam tu dan bercerita macam-macam. Ini nak cari sokongan, fikir tengoklah orang macam ini boleh percaya atau tidak, dia curi duit dan dia tak boleh nafikan dia curi duit,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Al Muhajirin, Sungai Koyan, di sini hari ini.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Mahathir berkata, PH mampu membantu rakyat di Cameron Highlands kerana parti itu merupakan kerajaan Pusat berbanding kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

“Kerajaan Pusat lebih mampu daripada kerajaan negeri. Kerajaan negeri pun bergantung kepada kerajaan Pusat, kerajaan negeri berhutang kepada kerajaan Pusat, itu pun tak bayar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×