Nahas udara: Empat daripada tujuh mangsa maut warga Jerman - Utusan Malaysia

Nahas udara: Empat daripada tujuh mangsa maut warga Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM 27 Jan. – Pihak berkuasa Itali mengesahkan empat yang maut dalam nahas membabitkan sebuah helikopter dan pesawat pelancong yang berlanggar di udara di glasier Rutor, kelmarin adalah warga Jerman.

Sementara tiga lagi mangsa yang terbunuh dalam nahas tersebut adalah warga Itali, Perancis dan Belgium.

Menurut anggota Pasukan Penyelamat Alpine, identiti mangsa tidak dapat didedahkan kerana terdapat keluarga mangsa yang masih belum dimaklumkan lagi.

“Dua mangsa yang selamat dalam nahas tersebut adalah warga Perancis dan German. Pihak berkuasa dengan menyoal siasat warga Perancis tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang nahas berkenaan,” ujarnya.

Kedua-dua pesawat itu bertembung di udara di atas glasier Rutor di Lembah Aosta pada petang Jumaat lalu.

Pasukan penyelamat menemukan lima mangsa maut manakala dua selamat pada hari kejadian dan menjumpai dua lagi mayat yang dilitupi salji berhampiran bangkai pesawat terbabit, semalam.

Punca kemalangan bagaimanapun masih belum diketahui. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN