KUALA LUMPUR 31 Jan. – Majlis Belia Malaysia (MBM) menyifatkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 sebagai satu keseriusan kerajaan membendung gejala rasuah sehingga ke akar umbi. Presidennya, Jufitri Joha berkata, ini menunjukkan kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia dikenali sebagai negara berintegriti dan bukannya rasuah. Katanya, MBM juga ingin melihat negara terus melonjak naik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) daripada tangga 61 pada tahun 2019 ke tangga yang lebih baik pada masa…










