Mufti kagum gambar kerbau jadi juara peringkat Asia - Utusan Malaysia

Mufti kagum gambar kerbau jadi juara peringkat Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10. Jan. – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menzahirkan perasaan kagum terhadap gambar seorang pelajar bermain dengan kerbau yang menjadi juara peringkat Asia selain turut tersenarai 20 gambar terbaik dunia.

Menurut Zulkifli, beliau terpana melihat gambar tersebut yang menunjukkan hubungan akrab seorang remaja dengan puluhan kerbau di sawah.

“Gambar yang bersifat kampungan dan ‘alami mengingatkan asal-usul orang kampung dan desa bersama sawah bendang, lembu kerbau dan pohon kayu yang menghijau melatari fitrah kemanusiaan bagi masyarakat kampung Melayu.

“Rasa kedamaian, ketenangan dan kegembiraan tidak dapat ditafsirkan oleh benda dan harta tetapi oleh perasaan kasih sayang dan rahmat,” katanya dalam akaun Facebook miliknya hari ini,

Zulkifli turut mengucapkan tahniah kepada jurugambar yang berjaya mencapai kemenangan tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN