SAUDARA PENGARANG, KITA kerap mendengar bakal pengantin lelaki yang terpaksa mengulangi lafaz nikah mereka sehingga tiga atau lima kali, bahkan ada yang terpaksa ditangguhkan ke hari lain disebabkan gementar serta kerenah jurunikah yang cerewet dalam menikahkan pasangan pengantin. Ada juga jurunikah mensyaratkan akad nikah dilafazkan dalam satu nafas bahkan ada juga yang hanya akan mengesahkan perkahwinan sekiranya pengantin lelaki melafazkan secara penuh termasuklah berapa jumlah mas kahwin yang dibayar. Lafaz…










