MPAJ anjur teater sasterawan negara bermula Jumaat ini - Utusan Malaysia

MPAJ anjur teater sasterawan negara bermula Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan menganjurkan Malam Apresiasi Teater Sasterawan Negara dan pementasan teater ‘Sirih Bertepuk Pinang Menari’ bertempat di Auditorium MPAJ di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.

POSTER Malam Apresiasi Sasterwan Negara Dan Pementasan Teater 'Sirih Bertepuk Pinang Menari' anjuran MPAJ yang akan berlangsung di Auditorium MPAJ, Aras 5 pada Sabtu dan Ahad ini.

Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, pementasan yang diadakan pada pukul 8 malam itu bertujuan memartabatkan seni teater dalam kalangan masyarakat tanpa mengira umur, jantina dan kaum.

“Teater yang berkonsepkan semi muzikal ini akan dilakonkan oleh pelajar-pelajar sekolah dari sekitar Ampang Jaya.

“Orang ramai yang berminat boleh hubungi Jabatan Belia Masyarakat dan Landskap untuk mendapatkan tiket serendah RM10 hingga RM15 seorang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×