Mourinho rancang pemecatan sendiri - Utusan Malaysia

Mourinho rancang pemecatan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Manchester United kembali meraih prestasi mereka sebelum ini dalam tempoh beberapa minggu lalu selepas pelantikan Ole Gunnar Solskjaer, sekali gus menyaksikan keyakinan para pemain kembali meningkat.

Pemecatan Jose Mourinho dilihat sebagai satu keputusan tepat untuk kembali memulihkan reputasi pasukan, setelah pengurus dari Portugal itu dilihat berdepan kesukaran dan gagal mengawal situasi di bilik persalinan pasukan.

Bekas bintang United, Paul Scholes mendedahkan bahawa pemecatan Mourinho itu sudah dijangka apabila bekas pengurus Chelsea tersebut melakukan beberapa hal seolah-olah untuk mengundang tindakan oleh pihak kelab.

“Saya fikir Mourinho sendiri tidak lagi mahu berada di United. Dia merancang pemecatan tersebut.

“Sidang media yang dihadirinya sangat memalukan, perkataan yang keluar daripada mulutnya sangat negatif dan paling nyata apabila para pemain tidak lagi minat bermain untuknya. Pada akhirnya apa yang dirancang itu berjalan lancar.

“Beliau bergaduh dengan Antonio Valencia yang merupakan manusia paling baik pernah saya kenal di dunia. Saya fikir, sesiapa sahaja sukar untuk mencari masalah dengan Valencia. Itu adalah tanda paling besar yang saya lihat pasukan itu tidak berada dalam keadaan baik sebelum ini,” katanya.

Scholes konsisten menjadi pengkritik utama Mourinho dan pendekatan yang dibawanya ke Old Trafford dan kritikan itu juga sama dengan pendapat sebahagian penyokong United setelah pasukan itu berdepan masalah prestasi. – Agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN