LONDON 6 Jan. – Dua jaringan Alvaro Morata membawa juara bertahan, Chelsea ke pusingan keempat Piala FA selepas menewaskan Nottingham Forest 2-0, sebentar tadi.
Biarpun melepaskan peluang terhidang di awal permainan, namun dua hantaran cantik yang dilakukan pemain muda, Callum Hudson-Odoi berjaya disudahkan oleh penyerang Sepanyol itu untuk menyelamatkannya daripada serangan kritikan.
Terdahulu, naib juara musim lalu, Manchester United turut meneruskan kemaraan selepas menumpaskan Reading 2-0 di Old Trafford.
Kemenangan itu meneruskan rekod bersih pengurus sementara mereka, Ole Gunnar Solskjaer yang memenangi lima perlawanan berturut-turut.
Kedua-dua jaringan Red Devils disempurnakan oleh Juan Mata (minit ke-22) dan Romelu Lukaku, minit ke-45.
Berikut adalah keputusan pusingan ketiga Piala FA yang berlangsung hari ini. – AGENSI
KEPUTUSAN
Pusingan ketiga
Chelsea 2 Nottingham 0
Gillingham 1 Cardiff 0
Bolton 5 Walsall 1
Brentford 1 Oxford 0
Aston Villa 0 Swansea 3
Middlesbrough 5 Petersborough 0
Everton 2 Lincon City 1
Fleetwood 2 Wimbledon 3
Derby County 2 Southampton 2
Bournemouth 1 Brighton 3
Burnley 1 Barnsley 0
Man. United. 2 Reading 0
Sheff. Wednesday 0 Luton 0
Shrewsbury 1 Stoke 1
West Brom 1 Wigan 0
West Ham 2 Birmingham 0









