Mohd. Hairul CFO baharu FGV - Utusan Malaysia

Mohd. Hairul CFO baharu FGV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jan. – FGV Holdings Berhad (FGV) melantik Datuk Mohd. Hairul Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) baharu menggantikan Ahmad Tifli Mohd. Talha yang meletak jawatan pada 12 Oktober tahun lalu.

FGV dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, Hairul merupakan bekas CFO Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp).

Beliau memulakan kerjaya sebagai pelatih pengurusan di Sime Darby Bhd. pada Mei 1994 dan memegang jawatan sebagai CFO divisyen perladangan syarikat itu pada Jun 2008 hingga Jun 2011.

Selepas itu, beliau dilantik sebagai CFO divisyen tenaga dan utiliti Sime Darby bermula Februari 2011 hingga Februari 2012 sebelum menyandang jawatan CFO MRT Corp. pada Mac 2012 hingga Disember 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN