KUALA LUMPUR 8 Jan. – Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd. (MMHE) memperoleh rangka perjanjian bagi penyediaan kerja-kerja struktur luar pesisir tetap bagi kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan (EPC) daripada Petroliam Nasional Berhad (Petronas). MMHE merupakan anak syarikat milik penuh Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd. (MHB). MHB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, rangka perjanjian itu terdiri daripada pakej A yang membabitkan struktur luar pesisir tetap seberat lebih…










