Mitsubishi Triton baharu berharga RM100,200 hingga RM135,200 sebuah - Utusan Malaysia

Mitsubishi Triton baharu berharga RM100,200 hingga RM135,200 sebuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 30 Jan. – Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan model trak pikap, Triton baharu berharga antara RM100,200 hingga RM135,200 sebuah tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, Triton baharu ditawarkan dalam lima varian iaitu Triton MT yang berharga RM100,200 sebuah, Triton AT (RM105,990), Triton MT Premium (RM112,500), Triton AT Premium (RM118,600) dan Triton Adventure X (RM135,200).

Menurut beliau, Triton baharu dikuasakan enjin turbo diesel MVEC 2.4 liter dengan blok aluminium yang menjana kuasa sebanyak 181 PS dan daya kilas 430Nm.

“Jentera berkuasa ini menggunakan transmisi automatik enam kelajuan yang diberi penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan dan fleksibiliti pemanduan di samping memberi pertukaran gear yang lebih lancar. Triton baharu dilengkapi sistem Super-Select 4WD II Mitsubishi Motor untuk memberikan cengkaman optimum pada semua permukaan.

“Dari aspek keselamatan, Triton baharu mempunyai kerangka jenis ladder yang memiliki tahap keteguhan yang tinggi. Triton baharu disokong sistem keselamatan aktif termasuk Foward Collision Mitigation (FCM), Amaran Titik Buta (BSW), Bantuan Pertukaran Lorong (LCA), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan sistem Ultrasonic Misacceleration Mitigation (UMS),” katanya dalam majlis pelancaram Triton baharu di sini hari ini.

Triton baharu adalah model siap pasang sepenuhnya (CBU) dari hab pengeluaran global Mitsubishi di Thailand. Triton didatangkan dengan lima tahun jaminan atau had perbatuan 200,000 kilometer. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN