LUAHAN pelakon Mira Filzah berkaitan cincin menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini menarik perhatian ramai. Dalam diam-diam nampaknya dia mengharapkan seseorang untuk menghadiahkan sebentuk cincin.
Tapi sebaliknya berlaku. Hingga ke hari ini, tak ada sesiapa pun yang membelikan Mira cincin. Lelaki yang bernama Zizan Razak yang dikaitkan dengannya itu juga tidak pernah memberikannya cincin.
Akibat dah tak tahan melihat corak cincin yang cantik di pasaran, akhirnya pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini membeli satu. Kira itu adalah cincin pertama yang dibeli Mira hasil titik peluhnya sendiri.
Juga sebagai ganjaran dan penghargaan terbaik buatnya yang bekerja keras selama ini. Jangan salah sangka, bukan soal tak mampu untuk membeli sebentuk cincin untuk diri sendiri.
Tapi ini soal sentimen. Mira sebenarnya bermimpi untuk mendapatkan sebentuk cincin daripada seseorang istimewa dalam hidupnya. Namun begitu, sampai sekarang tak dapat lagi.
Ala macam cerita dalam drama di televisyen itu. Ada babak romantik seorang wanita dilamar oleh kekasih yang dicintai. Kejutan yang dibuat lelaki berkenaan juga akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila.
Barangkali itu yang diharapkan oleh Mira. Kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran wanita ini. Kalau Mira nak berangan sekali pun, itu hak dia. Lagi pun berangan itu percuma.










