GEORGE TOWN 27 Jan. – Selaras meriam dan selaras mortar ditemukan semasa kerja-kerja ekskavasi dijalankan pada struktur pertahanan luar dan terusan yang mengelilingi Kota Cornwallis, di sini bakal melengkapkan data sejarah awal mengenai kota lama itu. Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin berkata, kerja-kerja ekskavasi pada Jumaat lepas, di tapak berkenaan yang dilakukan oleh 12 penyelidik telah menemukan selaras meriam dan selaras mortar yang berusia lebih 200 tahun. Menurutnya, penemuan meriam dan mortar itu ada bersebelah satu sama lain dan akan dihantar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya