KUALA LUMPUR 28 Jan. – Seorang menteri Kabinet mengakui keliru dengan percanggahan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung status projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Lebih mengejutkan, menteri yang enggan didedahkan namanya itu mengesahkan Mohamed Azmin berada dalam mesyuarat Kabinet, Khamis lalu bagi membincangkan mengenai perkara itu walaupun pada mulanya Guan Eng mengatakan Azmin tidak menghadiri mesyuarat…










