KUALA LUMPUR 24 Jan. – Malaysia Debt Ventures Bhd. (MDV) menyasarkan untuk mengurangkan kadar pembiayaan tidak berbayar bersih (NPF) kepada empat peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 daripada sembilan peratus tahun lalu selaras dengan pelaksanaan pelan transformasi di bawah strategi perniagaan lima tahunnya. Pengerusi MDV, Datuk Seri Lee Kah Choon berkata, tahun lalu MDV mencatatkan NPF kasar berjumlah 24 peratus dan jumlah itu dijangka berkurangan kepada 14 peratus…










