MDEC sambut baik langkah kerajaan - Utusan Malaysia

MDEC sambut baik langkah kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Langkah kerajaan mengawal selia segala bentuk pertukaran tawaran syiling permulaan (ICO) dan perdagangan aset digital merupakan keputusan yang tepat.

Menurut kenyataan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), pandangan progresif terhadap potensi industri ‘blockchain’ ini sejajar dengan aspirasi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

Kata kenyataan tersebut, langkah itu juga mampu menggalakkan saluran pengumpulan dana tambahan untuk usahawan dan perniagaan baru.

“Secara tidak langsung membolehkan Malaysia mempunyai peluang positif untuk berdaya saing di peringkat global di ruang ‘blockchain’.

“MDEC berharap untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan badan-badan berkaitan lain untuk membantu membentuk peraturan dan garis panduan yang komprehensif khususnya dalam aspek aset digital yang bakal dikeluarkan pada penghujung suku pertama 2019,” katanya di sini hari ini. 

Pada 14 Januari lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan perintah pasaran modal dan perkhidmatan (penetapan sekuriti) (Mata wang digital dan token digital) 2019 mula berkuat kuasa esok.

Sehubungan itu, kata beliau, mata wang digital dan token digital seperti yang dinyatakan dalam peraturan ini adalah ditetapkan sebagai sekuriti dan akan dikawal selia oleh SC. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN