McGregor dan Khabib dihukum - Utusan Malaysia

McGregor dan Khabib dihukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 30 Jan. – Conor McGregor dan juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov masing-masing dikenakan denda dan penggantungan oleh Suruhanjaya Sukan Nevada susulan aksi mereka ketika pasca pertarungan di Las Vegas, 6 Okotober lalu.

Dalam salinan perjanjian hukuman itu menunjukkan bahawa suruhanjaya berkenaan telah mengundi mengenakan penggantungan selama sembilan bulan dan denda sebanyak AS$500,000 (RM2.05 juta) kepada Nurmagomedov.

Sementara McGregor digantung enam bulan dan denda AS$50,00 (RM205,391) kerana pergaduhan yang tercetus selepas Nurmagomedov mempertahankan gelarannya.

Semua hukuman berkenaan akan berkuatkuasa pada 6 Oktober (tarikh pertarungan berlangsung) dan hukuman penggantungan Nurmagomedov boleh dikurangkan sebanyak tiga bulan jika dia melaksanakan khidmat masyarakat dengan menyebarkan mesej kempen anti buli. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN