McDonald’s, KFC diberi notis - Utusan Malaysia

McDonald’s, KFC diberi notis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Dua syarikat francais makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan McDonald’s Malaysia bakal berdepan pendakwaan jika gagal mengemukakan jawapan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam masa seminggu berkenaan isu kenaikan harga makanan keluaran syarikat terbabit.

Timbalan Pe­ngarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pihaknya telah menghantar pegawai bagi melakukan siasatan dan notis di bawah seksyen 21, akta kawalan harga dan antipencatutan 2011 juga telah dikeluarkan.

“Tindakan ini dibuat selepas mendengar keluhan dan rungutan masyarakat dalam media sosial dan akhbar berkaitan kenaikan harga makanan segera itu oleh syarikat terbabit.

“Mereka perlu memberikan jawapan kepada pihak kami berkenaan kenaikan harga disifatkan sebagai melampau itu bermula 27 Disember bagi KFC dan 28 Disember bagi McDonald’s,” katanya selepas melakukan pemeriksaan ke atas beberapa premis menjual kelengkapan sekolah di sekitar Taman Sri Serdang, di sini hari ini.

Sebelum ini, tular dalam laman sosial mengenai kenaikan mendadak harga produk KFC yang disifatkan pengguna terlalu tinggi.

Dikatakan set Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×