Maybank antara 
500 jenama global - Utusan Malaysia

Maybank antara 
500 jenama global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Maybank muncul bank tunggal di Malaysia yang disenaraikan di kedudukan ke-494 sebagai 500 jenama paling bernilai oleh Brand Finance Global 500 Brands dengan peningkatan nilai sebanyak 32 peratus kepada AS4.2 bilion (RM17.27 bi­lion) berbanding AS$3.16 bilion (RM13 bilion) pada 2018.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Farid Alias berkata, Maybank turut mengekalkan kedudukan sebagai jenama bank utama di Malaysia untuk tahun ke lima berturut-turut, meningkatkan penarafan AAA- kepada AAA dan mencatatkan kenaikan dalam Indeks Kekuatan Jenama (JSI) sebanyak 86/100 berban­ding 82/100 pada tahun lalu.

ABDUL FARID ALIAS
ABDUL FARID ALIAS 

Menurut beliau, BSI merupakan pemacu utama yang menyum­bang kepada penilaian jenama dan menentukan kekuatan jenama.

“Prestasi mantap itu juga turut diikuti di peringkat serantau memandangkan Maybank adalah antara jenama ASEAN yang tersenarai dalam ranking global. Pengiktirafan ini merupakan usaha berterusan Maybank dalam membina hubungan dan memberi tumpuan kepada pe­nyampaian nilai secara konsis­ten melalui produk dan per­khidmatan.

“Ini merupakan satu penghormatan terbesar bagi Maybank. Kami percaya ia juga menunjukkan bagaimana satu jenama tempatan boleh mencipta taraf baharu dan mening­katkan penilaian di peringkat global dengan sokongan daripada semua pihak berkepenti­ngan,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Tambah Farid, strategi Maybank dalam membangunkan pengalaman jenama yang bermakna adalah berteraskan misi menginsankan perkhidmatan kewangan serta komitmen untuk membantu komuniti di pasaran operasi.

“Kami akan terus berusaha untuk mengukuhkan kedudukan jenama merentasi semua saluran sedia ada. Pada masa sama, kami juga memberi tumpuan untuk menyediakan pe­ngalaman pelanggan generasi akan datang seiring dengan arus teknologi pesat yang mempengaruhi gaya hidup dan cara orang ramai menjalankan urusan perbankan pada hari ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Brand Finance Asia Pasifik, Samir Dixit berkata, beliau mahu melihat bank-bank serantau seperti Maybank memberi saingan dan menggugat kedudukan beberapa pemain global dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa dalam penilaian kekuatan jenama.

Katanya, Maybank telah berkembang setiap masa dan pencapaian tersebut merupakan ganjaran besar hasil pengurusan jenama secara strategik.

“Aspek menginsankan per­khidmatan kewangan akan menjadi kelebihan daya saing jangka panjang untuk Maybank di dunia digital pada masa ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN