KANGAR – Mayat sepasang suami isteri yang dipercayai lemas selepas terjatuh dari sebuah bot fiber ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan kedua-duanya berpelukan antara satu sama lain di kawasan tukun 300 di perairan Kuala Perlis dekat sini hari ini. Mayat Mohamad Zaini Panjang Karim, 55, dan isterinya, Azizah Yatim, 49, ditemui tersangkut pada pukat oleh penduduk kampung yang turun ke laut untuk mencari mereka kira-kira pukul 3.30 petang. Kedua-dua mereka…










