Mayat lelaki ditemukan dalam bagasi pakaian - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemukan dalam bagasi pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN 9 Jan. – Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan di dalam sebuah bagasi di kolam takungan air sawit, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, bagasi berwarna ‘rose gold’ berukuran 28 inci itu dijumpai oleh orang awam pada pukul 2 petang pada 22 Disember lalu.

“Pemeriksaan pada bagasi itu menemukan mayat seorang lelaki tanpa pakaian. Terdapat beberapa lukisan tatu dipercayai tulisan Siam pada bahagian belakang dan hadapan badan mangsa.

“Selain itu, terdapat juga tulisan Cina pada lengan kiri manakala lengan kanan pula terdapat lambang berbentuk salib,” katanya, di sini semalam.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, Asisten Superintenden Hamzanni Abdul Ghani di talian 0195732880.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN