IPOH 23 Jan. – Satu mayat seorang pekerja kilang berusia 23 tahun disyaki dibunuh, ditemukan kira-kira empat meter dari tebing sebuah kolam lombong tinggal dekat Kanthan Baru di Kawasan Perindustrian Kanthan 1, di sini hari ini. Mayat mangsa itu ditemukan mengalami kecederaan di bahagian mata kiri, lebam di pipi kiri, luka di telinga kiri serta kesan jerutan di leher. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, mangsa dipercayai telah pergi…










