ISKANDAR PUTERI 8 Jan. – Kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri kini dalam peringkat perbincangan mengenai prinsip dan dasar penubuhan Universiti Johor (UJ). Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, perkara tersebut sedang diperhalusi dalam usaha merealisasikan penubuhan universiti berkenaan seperti dijanjikan sebelum ini. “Kerajaan negeri sudah memulakan langkah tersebut dan Kementerian Pendidikan akan membantu sedaya mungkin untuk menjayakan harapan itu. “Pihak kementerian akan memberi sokongan sepenuhnya bagi menjayakan hasrat berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar, Datuk Osman Sapian di Pejabat Menteri Besar, Kota Iskandar, di sini semalam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya