Penangguhan tarif perdagangan mungkin dilanjutkan lagi - Rumah Putih - Utusan Malaysia

Penangguhan tarif perdagangan mungkin dilanjutkan lagi – Rumah Putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkemungkinan mempertimbangkan untuk melanjutkan penangguhan pelaksanaan tarif timbal balik yang dijadual berakhir bulan hadapan, menurut kenyataan jurucakap Rumah Putih pada Khamis.

Menurut agensi berita Yonhap, jurucakap Karoline Leavitt menyatakan perkara itu ketika rundingan giat dijalankan antara AS, Korea Selatan dan beberapa negara lain bagi mengurangkan atau mengelakkan kesan tarif yang dicadangkan.

“Ia mungkin dilanjutkan, tetapi keputusan akhir terletak pada Presiden,” katanya kepada pemberita semasa sidang media.

Penangguhan berkenaan melibatkan tarif sebanyak 25 peratus terhadap barangan import dari Korea Selatan dan dijadual tamat pada 8 Julai.

Ketika ini, Seoul sedang berusaha untuk mencapai kata sepakat dengan Washington sebelum tempoh tersebut berakhir.

Trump sebelum ini mengumumkan pengenaan tarif timbal balik pada 2 April sebagai langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh negara lain ke atas eksport AS.

Walaupun tarif itu secara rasmi berkuat kuasa pada 9 April, ia telah digantung selama 90 hari bagi memberi laluan kepada rundingan antara negara terlibat.

Awal bulan ini, Trump menyatakan beliau terbuka untuk melanjutkan penangguhan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN