MASWings tawar tiga perkhidmatan baharu di Sarawak, Sabah - Utusan Malaysia

MASWings tawar tiga perkhidmatan baharu di Sarawak, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 23 Jan. – MASwings akan meneruskan operasi 39 laluan sedia ada di Sabah, Sarawak dan Labuan, termasuk tiga laluan baharu di bawah Perjanjian Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO) Perjanjian Udara Luar Bandar (RAS).


MASwings, dalam kenyataannya hari ini berkata tiga laluan baharu itu ialah Kuching ke Limbang; Bario ke Long Lellang dan Bario ke Long Seridan, Sabah, mulai bulan ini.


Perjanjian itu yang berkuat kuasa dari 1 Jan, 2019 hingga 31 Dis 2024, dimeterai antara MASwings Sdn Bhd dan kerajaan, baru-baru ini. Kerajaan diwakili Menteri Pengangkutan.


Selain Kuching ke Limbang, perkhidmatan oleh ATR 69 tempat duduk MASwings, laluan lain dari negeri ini ialah dari Kota Kinabalu ke Mulu; dari Kuching ke Mulu; dari Miri ke Bintulu, Limbang, Mulu, Sibu dan Labuan; selain Bintulu ke Sibu.


Antara laluan operasi MASwings Viking ialah perkhidmatan dari Miri ke Ba’kalalan, Bario, Lawas, Long Lellang, Long Akah, Long Seridan, Long Banga dan Marudi; dari Mukah ke Miri; Bario ke Ba’kalalan dan Kuching ke Tanjung Manis.


Kenyataan itu menyebut makumat terkini mengenai jadual penerbangan, tambang dan maklumat berkaitan boleh diperoleh secara dalam talian di www.maswings.com.my. – BERNAMA

 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×