Maskot Menara Taming Sari ceriakan SKBSM - Utusan Malaysia

Maskot Menara Taming Sari ceriakan SKBSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 2 Jan.  – Seramai 470 murid yang memasuki sesi persekolahan baharu di Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja (SKBSM) Kandang di sini hari ini teruja dengan kehadiran maskot Menara Taming Sari yang merupakan salah satu ikon pelancongan negeri Melaka.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Salman Salim berkata, ini merupakan program sambutan bagi meraikan 62 orang murid Tahun Satu yang memasuki sekolah ini hari ini.

“Kehadiran maskot Menara Taming Sari yang baru diperkenalkan itu bersama logo terbaharu diharap dapat memberi semangat kepada semua murid yang menjejakkan kaki ke sekolah pada tahun 2019 ini,” katanya ketika ditemui pada sesi pendaftaran sekolah tersebut pagi ini.

Menurut Salman, tahun ini pihak sekolah mendapat tajaan daripada syarikat Marrybrown dan ini merupakan kali kedua SKBSM mendapat tajaan termasuk daripada McDonalds pada sesi tahun lalu.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN