LONDON 24 Jan. – Ketua jurulatih Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan Alexis Sanchez masih mempunyai tempat bersama pasukan bagaimanapun dia tetap akan melakukan pertukaran di jentera serangan Red Devils dalam tiga kejohanan.
Sanchez yang membuat keputusan meninggalkan Arsenal untuk menyertai United setahun lalu dilihat peranannya bersama pasukan semakin mengecil sejak ketibaan jurulatih sementara Red Devils itu.
“Terdapat tiga pemain yang akan beraksi paling kerap namun apabila anda memiliki Romelu (Lukaku), Juan (Mata), Alexis jadi saya ada banyak pilihan.
“Sebelum ini saya meletak empat penyerang, sekarang kita ada enam penyerang dan kebiasaannya kami menggunakan tiga penyerang. Kami OK dengan pertukaran ini dengan perlawanan dan minit permainan yang mencukupi,” katanya Solskjaer. – AFP










