MAS mohon maaf iklan masakan babi - Utusan Malaysia

MAS mohon maaf iklan masakan babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Malaysia Airlines (MAS) hari ini tampil memohon maaf sekiranya promosi makanan yang diterbitkan dalam iklan majalah syarikat penerbangan itu, Going Places keluaran Januari 2019 menyinggung perasaan orang ramai. 

MAS dalam kenyataan berkata, sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa, pihaknya menyediakan perkhidmatan penerbangan ke destinasi antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai jenis penumpang. 

“Dalam iklan majalah, Going Places edisi Januari lalu memaparkan restoran yang menyediakan pelbagai jenis masakan sebagai sebahagian daripada menu mereka. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Foto itu mempamerkan potongan daging lembu wagyu dan juga sotong. Seperti mana majalah gaya hidup lain, ulasan restoran itu adalah untuk mempromosikan kedai makan kepada penumpang daripada seluruh dunia. Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan ulasan itu langsung tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana penumpang,” katanya di sini hari ini.   

Iklan mempromosi makanan dan gambar yang didakwa daging babi itu diterbitkan dalam majalah tersebut menjadi tular dalam media sosial sehingga mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×