Mangsa kereta terhumban ke laut di kenal pasti - Utusan Malaysia

Mangsa kereta terhumban ke laut di kenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 20 Jan. – Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai telah dikenal pasti.

Mangsa yang merupakan seorang pelajar kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, dikatakan memandu kereta milik bapanya dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis sambutan hari lahir di Georgetown.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, bapa mangsa telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5 petang hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bapa mangsa telah membuat laporan  polis mengatakan anak lelakinya masih tidak pulang ke rumah.

“Mangsa dipercayai pemandu kereta yang tercampak ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang dan bapa mangsa dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu melalui rakan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Setakat ini kenderaan mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×