Mana janji GLC bebas politik? - Utusan Malaysia

Mana janji GLC bebas politik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
JANJI Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 sekiranya mereka menang adalah tidak melantik ahli politik khususnya daripada komponen parti mereka menjawat sebarang kerusi dalam syarikat milik kerajaan (GLC) atau anak-anak syarikat kerajaan negeri. Perkara tersebut terdapat dalam manifesto sebagai janji ke-22. Pada ketika itu, mereka mengatakan bahawa hanya individu berkelayakan dan profesional serta bebas daripada pengaruh politik akan diambil.

Selepas lapan bulan memerintah, kebanyakan lantikan masih terdapat dalam kalangan orang parti kerajaan mahupun aktivis prokerajaan.

Di sini jelas janji yang dibuat amatlah populis semata-mata untuk menarik sokongan pengundi menjelang pilihan raya. Ini adalah sekelumit kecil janji yang tidak ditepati oleh PH. Banyak lagi janji seperti menurunkan harga minyak (harga minyak turun selepas mendapat kritikan daripada pembangkang), memansuhkan bayaran tol dan penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Amatlah malang para pengundi yang mengundi berasaskan manifesto PH yang ternyata seperti pepatah, mengalih kain di balik rumah, mengalih kata ke hadapan. Diharapkan semua parti pembangkang khususnya UMNO terus mengasak dengan bermodalkan fakta, bukan auta dan berhemah dalam menuntut kerajaan PH melunaskan janji-janji dalam manifesto mereka.

Sekalian rakyat kini sudah sedar dan celik tentang kelemahan kerajaan PH dari segi mentadbir dan melanggar janji-janji pilihan raya.

PENGUNDI MUDA
Johor Bahru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×