KEMENANGAN besar calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Noor dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands sememangnya sudah dijangkakan sejak hari pertama kempen berlangsung lagi. Sikap angkuh dan tunjuk kuasa serta menyemai politik kebencian oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) akhirnya memakan diri. Ketika rakyat sedang merintih dengan kos sara hidup semakin meningkat, pemimpin-pemimpin PH turun berkempen di Cameron Highlands dengan cuba menunjukkan merekalah pemimpin terbaik yang tidak menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen dan tidak menabur sebarang janji kepada rakyat. Kesudahannya, apa yang kita dengar ialah perangai lama iaitu memaki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya