SINGAPURA 8 Jan. – Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju kedua-dua pihak masing-masing akan menggantungkan secara serentak pelaksanaan Kawasan Larangan (RA) oleh Malaysia dan pelaksanaan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) oleh Singapura untuk Lapangan Terbang Seletar. Tempoh penggantungan serta-merta itu adalah selama sebulan, demikian menurut kenyataan bersama selepas mesyuarat dua hala antara Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di sini. Kenyataan itu menyebut…










