KUALA LUMPUR – Bekas beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong gagal dalam misi memburu gelaran kedua sebagai pemain profesional selepas Thailand Masters minggu lalu apabila tewas dalam aksi separuh akhir Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu terpaksa akur apabila tewas di tangan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia, 18-21, 22-24,…










