Makan sampai kenyang - Utusan Malaysia

Makan sampai kenyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebut sahaja hidangan yang hendak dimakan, sama ada udang, ketam, daging, ayam atau kambing serta lebih 150 hidangan lain, semuanya tersedia secara panas di depan mata tanpa had.

Masih tidak cukup lagi? Anda boleh ‘berkampung’ dan menikmati juadah di restoran ini sepanjang waktu operasi perniagaan setiap hari dari pukul 10 pagi dengan satu kadar harga hingga 10 malam.

Pendek kata, restoran ini sesuai bagi ‘kaki makan’ atau sekumpulan individu yang inginkan waktu tertentu untuk duduk semeja makan sambil berborak atau berbincang.

Itu keistimewaan hidangan bufet rebus (stimbot) dan panggang (gril), Seoul Garden. Restoran ini telah beroperasi sejak 2007 dan memperkenalkan makanan berkonsepkan ala Korea yang memenuhi selera dan citarasa rakyat Malaysia. Menariknya, restoran ini juga menyediakan daging perapan seperti daging perapan perisa kopi, spicy bulgogi, teriyaki dan pelbagai lagi.

Terdapat beberapa jenis sup yang boleh dipilih seperti Korean Kimchi Jijigae, Korean Super Kimchi Jijigae, Thai Tom Yam, Super Thai Tom Yam, Korean Ginseng dan herba Cina. Pengunjung juga boleh menikmati sos dan kicap istimewa dari Korea.

Selain itu, Seoul Garden menghidangkan nasi goreng, mi goreng, ayam goreng, popiah dan pelbagai lauk sampingan. Malah, nasi putih turut disediakan. Tidak ketinggalan, pelbagai pencuci mulut termasuk aiskrim, puding, buah-buahan dan pelbagai minuman sejuk dan panas.

Mungkin ramai tidak tahu, Seoul Garden juga mempunyai konsep ala-carte iaitu Seoul Garden HotPot yang memfokuskan menu-menu hidangan seperti Bibimbap, Hotpot, Hotplate dan banyak lagi.

Terbaharu, restoran ini meng­gunakan sistem infra merah dan ternyata lebih mesra pelanggan. Seoul Garden memberi kelebihan apabila mempunyai dua bahagian sup (stimbot) yang berbeza dan di tengah-tengahnya merupakan tempat untuk gril. Konsep ini lebih kontemporari dan memberikan lebih keselesaan kepada pelangan.

Dalam pada itu, 26 cawangan Seoul Garden telah pun menerima pengiktirafan pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Penolong Pengurus Pemasaran Halal Seoul Garden, Zuryanti Z. Abidin, pensijilan Halal daripada Jakim adalah bukti komitmen yang tinggi daripada pihak restoran kepada hampir 80 peratus pelanggan Melayu.

“Selain itu, Seoul Garden akan terus memberikan lebih tarikan kepada semua untuk terus berkunjung ke restoran kami tanpa rasa ragu-ragu,” katanya ketika memperkenalkan cawangan baharu Seoul Garden yang terletak di pusat beli-belah Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www.seoulgarden.com.my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN