Menjengah usia 40 tahun, tiada keberuntungan yang dapat mengatasi nikmat yang diperolehi oleh insan tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin ini apabila disayangi segenap lapisan masyarakat, Kemewahan kasih sayang daripada keluarga dan para peminat setianya dianggap sebagai satu kurniaan yang tidak ternilai, sekali gus menyempurnakan hidupnya yang boleh dikatakan mempunyai segala-galanya iaitu harta, kecantikan, keluarga yang bahagia dan kemasyhuran. Bersyukur dengan anugerah tersebut, diva kesayangan ramai ini menitipkan kata-kata terharunya…










