Lima individu leka main judi dicekup - Utusan Malaysia

Lima individu leka main judi dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Lima individu termasuk seorang wanita yang sedang leka bermain judi dadu terbantut apabila mereka diberkas polis dalam satu operasi di sebuah premis di dalam Pasar Awam Taman Johor Jaya di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, dalam serbuan Ops Dadu pada pukul 8 malam itu, kesemua individu dicekup itu masing-masing berusia antara 30 hingga 55 tahun.

Katanya, mereka terdiri daripada dua lelaki tempatan termasuk penganjur, dua lelaki dan seorang wanita warga asing.

“Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam.

“Kita tahan mereka ketika leka bermain judi see ngo lak (dadu) di sebuah premis di dalam pasar awam di Taman Johor Jaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamaluddin berkata, dalam operasi itu pihaknya berjaya merampas wang tunai dipercayai wang taruhan RM1,942 serta beberapa peralatan antaranya sembilan biji dadu dan kain kanvas dilukis permainan judi see ngo lak.

Menurut beliau, kesemua suspek ditahan raman bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 7(2) dan 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN