LHDN kutip cukai langsung pada tahun lalu sebanyak RM137.035 bilion - Utusan Malaysia

LHDN kutip cukai langsung pada tahun lalu sebanyak RM137.035 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Jan.- Kementerian Kewangan mengumumkan kutipan kasar cukai langsung negara oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun lalu ialah sebanyak RM137.035 bilion iaitu meningkat 11.13 peratus atau RM13.723 bilion berbanding 2017.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, jumlah kutipan itu mencipta satu sejarah baharu kutipan hasil cukai langsung negara dan turut mengatasi pencapaian terbaik kutipan cukai langsung yang direkodkan pada 2014 iaitu sebanyak RM133.700 bilion. 

“Kutipan cukai langsung bagi 2017 ialah sebanyak RM123,312 bilion. Peningkatan yang dicatatkan pada tahun lalu disumbangkan oleh peningkatan kutipan daripada komponen pembayar cukai seperti syarikat, individu, petroleum, koperasi, duti setem dan lain-lain. 

“Situasi itu juga mencerminkan keberkesanan kepimpinan bersih dan pentadbiran cekap, akauntabiliti dan telus. Peningkatan hasil ini juga menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi masih menggalakkan pada 2018,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Guan Eng, kutipan hasil daripada cukai pendapatan (selain petroleum) telah menyumbang kira-kira RM116.953 bilion atau 85.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan pada tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN