MOSCOW 3 Jan. – Jumlah kematian meningkat kepada 37 orang hari ini dalam insiden letupan gas pangsapuri 10 tingkat di Magnitogorsk pada 31 Disember tahun lalu. Agensi berita Rusia melaporkan, Kementerian Kecemasan menyatakan sehingga pagi tadi, sebanyak 22 daripada 37 mayat yang ditemukan telah dikenal pasti. Pasukan penyelamat juga menghadapi cuaca sejuk dalam operasi bagi mencari mangsa dengan angka kematian bertambah sejak beberapa hari lalu. Sementara itu, Jawatankuasa Penyiasatan Rusia…










