Letupan gas di Rusia: Angka kematian meningkat 18 orang - Utusan Malaysia

Letupan gas di Rusia: Angka kematian meningkat 18 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 2 Jan. – Angka kematian insiden letupan gas pada malam sambutan Tahun Baharu di bandar Magnitogorsk meningkat kepada 18 orang.

Kementerian Kecemasan Rusia dalam kenyataan memberitahu setakat pukul 12:15 tengah hari tadi, kesemua 18 mayat telah dikeluarkan dari dalam runtuhan tersebut.

Katanya, enam orang termasuk dua kanak-kanak telah berjaya diselamatkan manakala 23 lagi dilaporkan masih hilang.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan,” jelas kenyataan tersebut.

Letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas itu telah meranapkan sebuah pangsapuri sembilan tingkat sekitar awal pagi, Isnin lalu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN