Lelaki pajak MyKad untuk beri pinjaman wang ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki pajak MyKad untuk beri pinjaman wang ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang bertindak sebagai Ah Long dengan menjadikan MyKad sebagai pajakan untuk mendapatkan pinjaman RM100 ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Batang Merbau, Tanah Merah, dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, suspek berusia 40-an itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Ketua JSJK Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung satu aktiviti pajakan MyKad bagi mendapatkan pinjaman wang daripada seorang suspek yang merupakan peniaga kedai peralatan telekomunikasi.

“Hasil pemeriksaan di premis tersebut kita menemui sebanyak 29 keping kad pengenalan pelbagai nama serta 12 buah buku perjanjian bertulis ‘surat akuan berhutang wang tunai’. Siasatan awal mendapati kebanyakkan peminjam tidak bekerja dan menggunakan kaedah tersebut untuk mendapatkan wang mudah.

“Bagi sekeping MyKad mereka akan mendapat pinjaman RM100. Manakala dalam buku perjanjian hutang itu pula kita mendapati peminjam akan memajak motosikal atau kereta untuk mendapatkan pinjaman sehingga RM1,100,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Azizul berkata, suspek akan bertindak sebagai Ah Long untuk memberi pinjaman sejak 10 tahun lalu dan akan memperoleh 20 peratus faedah daripada setiap jumlah yang dipinjamkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN