Lelaki OKU ditemukan mati - Utusan Malaysia

Lelaki OKU ditemukan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 11 Jan. – Mayat seorang lelaki disyaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan dalam keadaan sudah berbau dan berulat oleh penduduk di dalam sebuah rumah di Kampung Bukit Kechil, Tikam Batu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9 malam lalu bergegas ke lokasi untuk siasatan.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia 25 tahun dan dipercayai telah meninggal dunia sejak empat hingga lima hari lalu.

“Semasa ditemukan, mangsa berada dalam keadaan tertiarap di dalam bilik tidur dan terdapat tali pada tengkuk si mati,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba, anggota polis mendapati pintu rumah tersebut berkunci daripada dalam dan berikutan itu terpaksa dipecahkan.

“Tiada sebarang kesan pergelutan dan kesemua perabot dalam keadaan baik,” katanya lagi sambil menambah, mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan telah selesai dibedah siasat kira-kira pukul 9 pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN