Lelaki muda? Boleh sahaja - Utusan Malaysia

Lelaki muda? Boleh sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JANGAN ingat selepas rumah tangga yang dibina musnah, hidup akan kembali aman macam biasa! Seperti juga hal yang berlaku kepada penyanyi Ezlynn yang sedang melalui beberapa proses perbicaraan di mahkamah ketika ini.

Disahkan bercerai pada Oktober 2017 dengan Adam Fahmy setelah enam tahun hidup bersama, rupa-rupanya kes antara mereka masih menjadi perhatian. Masih ada beberapa tuntutan yang belum diselesaikan sehingga ke hari ini.

Mengakui ini merupakan proses yang perlu dilalui sebaik sahaja kehancuran sesebuah rumah tangga, dia tiada pilihan lain selain mengikutinya sahaja. Tidak juga rasa lelah, semuanya dilalui dengan hati terbuka.

Kepada Pancaindera, Ezlynn meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hatinya. Namun awal-awal lagi dia menegaskan yang semua ini adalah pengajaran paling berharga buat dirinya.

Penat tak naik turun mahkamah? Banyak sangat ke harta yang sepencarian yang dituntut?

EZLYNN: Selepas kami berpisah rasanya sudah lebih lima kali kami naik turun mahkamah. Tapi biasalah proses mahkamah bukan sesuatu yang mudah sebaliknya ada sahaja beberapa hal yang tak dapat dielakkan. Tapi tak mengapa, ini proses yang perlu dilalui bila bercerai. Nak tak nak saya hadapi sahaja. Tentang tuntutan tu, bukanlah harta banyak mana pun. Saya hanya tuntut nafkah, edah dan mutaah sahaja. Saya mahu hak yang sepatutnya diterima sahaja, tak lebih dan tak kurang. Kalau selesai cepat, lebih baik.

Ada orang akan serik bila melalui proses turun naik mahkamah. Ezlynn pula ada rasa begitu? Serik dengan keadaan?

EZLYNN: Eh, tidak sampai serik atau nak merungut dengan apa yang berlaku. Bagi saya apa sahaja proses yang perlu dilalui saya akan patuhi. Kenapa pula nak serik dengan hal yang sepatutnya dilalui dengan tenang? Kalau masa berkahwin dulu boleh ikut proses yang betul, dah bercerai ni pun kena ikut proses. Mudah!

Serik tak nak berkahwin lagi? Manalah tahu kot-kot sakit hati dengan proses pasca penceraian tak habis lagi.

EZLYNN: Bab serik nak berkahwin lagi ni memang tidak pernah ada dalam kamus hidup saya. Hei, perkahwinan bukanlah satu perkara yang patut ditakuti. Kalau gagal sekali tak bermakna saya akan gagal lagi. Sebaliknya, ini adalah proses untuk saya menjadi wanita dan isteri yang lebih baik pada masa hadapan. Cuma kalau nak bertemu dengan orang baharu biarlah orang yang tepat.

Ramai tak yang datang menghimpit? Dengar cerita ada juga ‘anak ikan’ yang cuma merapat. Betul ke?

EZLYNN: Memang betul ramai yang datang menghimpit sejak saya ‘bujang’ kembali. Tak terkira pula berapa ramai juga yang sudah kena reject. Bukan apa sekarang prinsip saya mudah, sekali buat salah terus saya putuskan hubungan. Tidak ada lagi nak beri peluang kedua sebab mereka perlu serius dalam perhubungan. Saya sendiri pun bukan nak melayan benda remeh-temeh macam dulu.

Tak dinafikan memang ramai lelaki muda yang cuma menghampiri. Saya tidak ada masalah dengan usia sebab itu sekadar angka. Kalau yang muda lebih matang daripada yang berusia, kan lebih baik. Ini ada juga lelaki berusia yang tak matang, akhirnya memeningkan kepala sendiri.

Jadi tak menolak kalau ada jodoh dengan lelaki muda?

EZLYNN: Sudah tentu tidak menolak sesiapa pun asalkan kena dengan syarat-syaratnya. Saya mahukan lelaki yang matang dan pandai mengimbangkan antara hal dunia dan akhirat. Bila dah pernah ada pengalaman kegagalan rumah tangga dahulu, saya ketatkan sedikit syarat. Saya pun nak mencari yang boleh membimbing ke arah kebaikan.

Nak menjadi suami ni nampak sahaja mudah tapi tanggungjawabnya sangat besar. Kalau mereka kaji dan ambil tahu tentang peranan sebenar seorang suami, pasti ramai yang tak sanggup. Tapi kalau ada lelaki yang sudah bersedia, datanglah hampiri. Mana tahu boleh serasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×