Lelaki maut terjatuh tingkat sembilan - Utusan Malaysia

Lelaki maut terjatuh tingkat sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan sebuah bangunan beli-belah di Jalan Merdeka, Bandar Hilir di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang masih belum dikenalpasti identitinya dipercayai terjatuh dari kawasan tempat letak kenderaan di bangunan berkenaan.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, Khairudin Atan berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.55 petang dan sepasukan empat anggota dan seorang pegawai perubatan dikejarkan ke lokasi kejadian. 

“Kami tiba bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Sebaik tiba di tempat kejadian, pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku. 

“Bagaimanapun, butiran mengenai mangsa belum dapat disahkan kerana tiada dokumen pengenalan diri,” katanya. 

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat  dan kes dikasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN