JOHOR BAHRU 30 Jan. – Seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas kenderaan dipandunya terbabas melanggar pondok tol di Kilometer 8, Plaza Tol Kempas arah selatan, pukul 3 pagi, hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, mangsa, Tan Kuok Wee maut di tempat kejadian. “Siasatan mendapati kenderaan tersebut terbabas sendiri. “Mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya ketika dihubungi.…










