PORT DICKSON 7 Jan. – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas di Kilometer 21.7, Lebuh Raya Seremban – Port Dickson (SPDH) di sini hari ini. Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa yang berusia 38 tahun dikatakan menunggang motosikal dari arah Seremban menghala ke Port Dickson. “Hasil siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal motosikal jenis Yamaha Lagenda lalu terbabas di lokasi kejadian. “Kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya