GUA MUSANG – Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas traktor yang dipandunya terbalik dan menghempapnya dalam kejadian di Ladang Serasa, Sungai Bayu, di sini semalam. Kejadian pada pukul 4.15 petang itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Junaedi, 40, mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Hospital Kuala Krai. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital berkenaan pada pukul 6.30 petang, semalam. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik…










