KUALA PILAH 17 Jan. – Seorang pemberi pinjaman wang tidak berlesen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi Akta Pemberi Pinjaman Wang (APPW) 1951. Tertuduh, Lee Ming Chai, 51, didakwa melakukan kesalahan tersebut antara Januari 2004 hingga Mac 2004 melibatkan 10 transaksi bernilai RM990,500. Lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua 10 pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin. Menurut…










