Lelaki didakwa abai dan cederakan anak tiri perempuan - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa abai dan cederakan anak tiri perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabai dan mencederakan anak tiri perempuan di bawah jagaannya pada dua tahun lalu.

Tertuduh yang berumur 36 tahun itu membuat pengakuan tersebut sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan ke atas anak tiri perempuannya berumur 6 tahun telah mengabai dan mendedahkan kanak-kanak terbabit dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 8.30 pagi di Kampung Ulu Sungai di sini antara Januari 2018 hingga 15 Januari 2019.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM20, 000 atau kedua-duanya sekali mengikut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam membantah sebarang jaminan kepada tertuduh atas faktor bimbang dengan keselamatan mangsa yang merupakan anak tiri tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun tidak membuat rayuan dan hanya mendiamkan diri.

Difahamkan, tertuduh mencucuh rokok ke badan anak tirinya itu, namun dia mendakwa luka terbabit hanyalah kesan kudis. Pemeriksaan doktor bagaimanapun mendapati luka terbabit bukan kudis dan dipercayai mempunyai kaitan dengan penderaan.

Ahmad Sazali kemudian tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan tarikh 25 Februari depan untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×